Ada Apa?Buletin

Misteri Kehilangan “MAS Air Line MH370”

mas airline mh370-Women Online Magazine

Misteri Kehilangan ” MAS Air Line MH370″ Masih lagi menjadi perbualan rakyat Malaysia. Mari kita sama-sama doakan mereka selamat.

8 Mac 2014 merupakan tarikh dimana Malaysia diuji dengan dugaan yang sangat menyedihkan. Kehilangan pesawat MH370 menyebabkan Malaysia kini menjadi tumpuan seluruh dunia.

Telah masuk hari ke-10 dan tidak ada sebarang maklumat yang boleh dikatakan sahih dan boleh dipercayai, terlalu banyak andaian yang dibuat dan cerita yang tidak kita tahu kesahihannya memberi kesan yang amat teruk kepada ahli keluarga penumpang.

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada hari sabtu jam 12.40 am waktu Malaysia dan dijangka sampai ke Beijing pada jam 6.30 am. Malangnya kali terakhir pesawat dapat dihubungi adalah dalam jam 1.30 am.

Sebanyak 227 orang penumpang dan 12 orang krew yang berada didalam pesawat tidak dapat dikesan sehingga sekarang.

Etika Berkongsi Maklumat Mengenai MH370

Berita kapal terbang malaysia-women online magazine

Jika dilihat dahulu  berlakunya kejadian seperti hilangnya pesawat, keadaan sekeliling tidak begitu teruk kerana ramai yang tidak dapat menyebarkan spekulasi yang tidak sahih kepada orang ramai.

Pada 2014 ini, dengan kemajuan teknologi yang kita ada menyebabkan segolongan individu menyalahgunakannya dan memberi maklumat yang tidak sahih sekaligus terjurumus kepada penyebaran fitnah.

#1 – Penemuan MH370

Ahli keluarga yang ada kaitan dengan penumpang dan juga krew pesawat mempunya  harapan yang tinggi untuk bertemu semula mereka dengan selamat semuanya

Tetapi apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat yang tidak benar dan didapati palsu, Ini semestinya akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan boleh membawa kepada tekanan perasaan.

#2 – Gosip dan Fitnah

Tersebarnya fitnah dan gosip yang tidak benar akan mencetuskan perbalahan yang berlarutan. Dengan teknologi yang ada seperti laman media sosial di internet, sms dan banyak lagi. Pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mudahnya menyebarkan fitnah bagi memburukkan orang lain.

Menurut ajaran islam, hukum bagi seseorang yang melakukan fitnah ini lebih berat dari seorang pembunuh.

#3 – Adab dan Masalah bahasa

Sebagai rakyat Malaysia yang terkenal degan nilai-nilai murni dan sifat sopan santun dalam kalangan semua. kita tidak seharusnya mengeluarkan maklumat ataupun kata-kata kesat terhadap mana-mana individu lain

Dengan kejadian ini, semua pihak cuba menyalahkan pihak yang lain samaada dari segi politik, agama dan bangsa. Perkara yang tidak seharusnya terjadi kerana pada waktu ini apa yang diperlukan ini rakyat yang bersatu padu berdoa agar semuanya selamat.

” Jika anda kata Malaysia gagal menangani masalah kehilangan MH370, itu bermakna Amerika Syarikat, NewZealand,  Ausralia, Singapura dan negara-negara lain yang membantu usaha mencari dan menyelamat juga gagal ”

– Mahathir Mohammad   

The Power of “DOA”

pray for mh370-Women Online Magazine

Bagi seluruh umat islam diMalaysia, marilah sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk berdoa adar pesawat MH370 dapat ditemui.

Doa memudahkan urusan:

————–

“Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”

Maksudnya: “YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”

—————

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita pada keesokan hari dan hari-hari yang seterusnya serta menjadikan kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan bermuhasabah..

“..Sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu”

Surah Al Baqarah: 186

Jom Baca Maklumat lain di Laman kami Wom.my | Kecantikan | Gaya Hidup | Kesihatan | Keluarga | Saji |

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Makanan untuk Bayi 7 Bulan ke Atas

Next post

Cara Menggunakan Wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 3.0

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *