Ada Apa?Buletin

Lelaki Harapan Dunia Terpilih Ke Festival Filem Antarabangsa Kolkata

Lelaki Harapan Dunia - women online magazine (1)

Ditubuhkan pada tahun 1995, festival tahun ini sedang berlangsung dari 10-17 November  dan dihadiri oleh ramai pelakon ternama dari India.

Antara artis yang terlibat ialah  Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan, Jaya Bachan, Abishek Bachan, Aishwarya Rai, Deepika Padukone dan Irrfan Khan. Lelaki Harapan Dunia (judul Inggeris ‘Men Who Save The World’), ditulis dan diarahkan oleh Liew Seng Tat telah dipilih dalam kategori Asian Select, bersaing dengan 7 filem lain untuk Anugerah NETPAC (Network for the Promotion of Asian Cinema).

Tayangan perdana dunia untuk Lelaki Harapan Dunia ialah di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014. Pada bulan September 2014, tayangan perdana di Amerika Utara ialah di Festival Filem Antarabangsa Toronto, diikuti oleh tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun di mana ia telah dipilih untuk pertandingan utama.

Oktober lalu membuktikan keunggulan filem ini  apabila ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33. dan Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19 yang merupakan salah satu festival filem yang paling penting di Asia.

Bukan itu sahaja, filem ini turut ke Festival Filem Taipei Golden Horse (TGHFF). Ia merupakan festival filem terbesar di Taiwan yang  mempersembahkan 180 buah filem dari seluruh dunia tahun ini. Lelaki Harapan Dunia akan bertanding dalam kategori Asian Window untuk Anugerah NETPAC. TGHFF telah berlangsung dari 6-21 November dan salah satu acara kemuncak ialah Anugerah Golden Horse yang merupakan salah satu anugerah filem paling berprestij dalam industro perfileman bahasa Cina. Artis utama yang akan menghadiri festival tahun ini termasuk Gong Li, Tang Wei , Sean Lau , Chen Jianbin, Chang Chen , Ethan Ruan dan ramai lagi.

Filem komedi drama ini membariskan para pelakon berpengalaman. Antaranya Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Ia diterbitkan oleh Sharon Gan dan diterbitkan bersama oleh Everything Films Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis). Bergenrekan komedi drama, filem ini mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman dan mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung.

Sinopsis Filem

Filem berkisah tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi-sembunyi. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah “hantu” itu “Orang Minyak”?

Lelaki Harapan Dunia membariskan pelakon berpengalaman seperti Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Ia diterbitkan oleh Sharon Gan  dengan kerjasama Everything Films Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).

Layari:

Trailer:

You tube: Everything Films

Jom Tengok Wayang!

‘Lelaki Harapan Dunia' akan menemui penonton pada 27 November 2014. Pastinya ramai yang dah tak sabar untuk menyaksikan sendiri keistimewaan filem ini. Selamat menonton!

<< Ketahui rahsia kulit lembab dan tidak kering di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bengkel Jom Cantik & Sihat, Meriah Dan Banyak Manfaat

Next post

Ketahui Cara Memilih & Memakai Coli Yang Betul

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *