Ada Apa?Buletin

Jom Berehat Sebentar Bersama Kit Kat Green Tea!

KIt Kat 1 - woman online magazine

Kit Kat Green Tea. Baru-baru ini Nestlé Malaysia telah merasmikan sebuah pelancaran yang amat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia iaitu Kit Kat Green Tea yang menampilkan rasa yang sungguh eksotik.

Di majlis pelancaran tersebut Nestlé juga telah membawakan infusi Jepun dengan menawarkan nikmat rehat dengan rasa eksotik teh hijau paling popular.ROBO-GT yang merupakan bintang iklan TV baharu Kit Kat Green Tea yang baru dilancarkan turut serta turun padang di majlis perlancaran tersebut. ROBO-GT ialah seorang pakar teh dan pencipta Kit Kat Green Tea. Dia mendapat ilham untuk menggabungkan Kit Kat dan teh hijau di rumah tehnya, dan mencipta sebuah sensasi rasa ala Jepun.

KIt KAT 2 - woman online magazine

ROBO-GT turut bantu memeriahkan gaya rehat Jepun di acara tersebut, dan mengesyorkan peminat serta rakan media untuk berkongsi masa rehat mereka dengan Kit Kat Green Tea dengan menggunakan hashtag #mybreak dan #kitkatgreentea.

Produk Nestlé Kit Kat Green Tea telah mendapat sambutan hangat di Jepun sejak pelancarannya, dan pelancaran di Malaysia ini menjanjikan pengalaman yang lebih hebat. Diperbuat dengan serbuk teh hijau autentik dari Jepun, produk ini menawarkan rasa teh hijau hebat yang pastinya memuaskan selera sesiapa sahaja.

<< Ketahui lebih lanjut tentang khasiat teh hijau di sini.

 

Previous post

Cara Betul Memakai Cream Mata

Next post

Realiti Hidup: Kata-Kata Janji Manusia Selalu Tidak Jujur!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *