Ada Apa?Buletin

Serlahkan Gaya Dengan Kasut Lutsinar Crocs

Kasut Crocs merah - Women Online Magazine

 Bagi penggemar kasut Crocs, pasti gembira dengan kehadiran koleksi terbarunya ini.

Koleksi Huarache bukan sahaja menjanjikan keselesaan dan gaya dalam satu kasut, bahkan tahun ini ia kembali dengan lebih banyak pilihan warna serta lebih menyeronokkan!

Terdiri daripada kasut baji yang glamor, kasut rata dan sandal bertali serta rekaan inovasi dengan warna menawan, koleksi Huarache ini terus mendapat tempat di hati ramai sejak ia dilancarkan pada musim bunga tahun lalu.

Tahun ini, ia kembali lagi! Sangat sesuai buat wanita dan kanak-kanak perempuan yang pentingkan keselesaan serta mahu kelihatan trendi.

Kasut Crocs menawan- Women Onine Magazine

Koleksi lutsinar ini telah dicipta dengan teknik acuan penuh yang menjadikan kasut lebih berwarna-warni dan ringan.  Setiap kasut di dalam koleksi ini diperbuat daripada material Croslite™ yang menjadikannya ringan serta memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam tempoh yang berpanjangan.

Apa yang anda tunggu lagi? Jom, serlahkan  gaya anda dengan kasut baru yang memukau ini!

<< Jom Dapatkan Maklumat mengenai Dunia Wanita di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Terbaik Si Kurus Naikkan Berat Badan

Next post

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bersama USAHANITA

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *