Ada Apa?Buletin

Usahanita Wilayah Persekutuan Anjurkan Jualan Hebat Barangan Terpakai

Sebahagian  daripada ahli Usahanita Wilayah Persekutuan, yang sentiasa ceria

Nak tahu berita WOM.my hari ini ? Jom baca informasi selanjutnya mengenai jualan Usahanita di Gombak sekarang juga..

Bermula 28 Mei hingga 31 Mei,2014, Persatuan Ushawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Bahagian Wilayah Persekutuan, telah menganjurkan ‘Jualan Hebat Barangan Terpakai’ dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bertempat di Seridesa-Town, Batu 5, Gombak, seawal jam 9.00 pagi hingga 7 malam, sebanyak 24 buah gerai cuba menarik perhatian pengunjung dengan menyediakan pelbagai jenis jualan, termasuk makanan serta minuman.

Jualan tudung Usahanita-Women Online Magazine

Ini merupakan aktiviti pertama Usahanita Wilayah Persekutuan bersama enam daerah dibawah naungannya iaitu kawasan Cheras, Kepong, Putrajaya, Setapak, Ampang dan Cawangan Bandar  bagi tahun 2014, dalam usaha menggalakan usahawan-usahawan wanita melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan bagi meluaskan jaringan perniagaan.

Menurut pengerusinya Hajah Raidzah Rohana Tahir, pihaknya  sentiasa berusaha untuk membantu para usahawan yang benar-benar berminat dalam bidang perniagaan. Pendedahan serta perkongsian maklumat sebegini sangat berguna buat mereka.   Malahan, beliau juga ingin melihat lebih ramai usahawan Bumiputera yang maju ke hadapan.

jualan hebat usahanita-Women Online Magazine (wom.my)

Selain itu, beliau turut  mempelawa mana-mana usahawan yang ingin turut serta dalam satu lagi aktiviti mereka, iaitu Baazar Ramadan serta Karnival Aidilfitri 2014 yang bermula pada 20 Jun-27 Julai, 2014 , jam 10.30 pagi hingga 2 pagi.  Sebanyak 40 buah gerai disediakan dan ia juga terbuka buat mereka yang bukan ahli Usahanita. Kadar bayaran yang dikenakan RM1800,bagi ahli Usahanita dan RM2500 (bukan ahli), kos tersebut merangkumi sewa tapak khemah, lesen penjaja dan suntikan vaksin.

Usahanita Puan Raidzah Rohana dan Puan Maznah-Women Online Magazine ( WOM.my)

Jika anda berminat untuk berniaga, namun kurang arif tentang selok belok dunia perniagaan, jangan ragu-ragu untuk menjadi ahli Usahanita.  Pihak Usahanita sentiasa membuka ruang untuk anda yang ingin memajukan diri dalam bidang perniagaan.

Jualan Hebat anjuran usahanita wilayah persekutuan

<< Nak tahu mengenai MOU WOM.my bersama Usahanita, klik sini ke laman berikutnya..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Biskut Coklat Hazelnut

Next post

Resepi Kek Pelangi Kukus Senang & Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *