Ada Apa?Buletin

Bila Manusia Hanya Menghargai Sesuatu Setelah Kehilangan…

iwk-wom-my

Indah Water Konsortium Sdn Bhd.

“Memang menjadi lumrah hidup, manusia hanya akan menghargai sesuatu setelah kehilangannya.”

Kenyataan ini menggambarkan dengan tepat cabaran yang dihadapi oleh Indah Water Konsortium (IWK). Saban hari, kakitangan IWK terpaksa berhadapan dengan cabaran dalam menjalankan tugas-tugas yang sukar, kotor dan merbahaya.Namun, masih ramai pengguna yang tidak menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh IWK kerana tidak memahami hubung kait betapa pentingnya sistem pembetungan dengan kehidupan seharian.

Ternyata sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara bagi memastikan air kumbahan dirawat sempurna sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam adan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Indah Water Konsortium Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan DiPerbadankan,merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan awam yang moden dan efisien demi memelihara kebersihan alam sekitar, melindungi sumber air dan kesihatan untuk semua rakyat Malaysia.

Kini, Indah Water berada dalam tahap yang baik untuk memikul tugas penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat menerusi sistem pembetungan yang diselenggarakan dengan baik.

Sungguhpun begitu, masih terdapat ramai pengguna yang tidak prihatin tentang penjagaan kebersihan alam sekitar.

Jadi, marilah kita bersama-sama memberi kesedaran kepada diri kita sendiri serta pengguna-pengguna lain bahawa perkhidmatan dan sistem pembetungan amatlah penting dalam pemuliharaan alam sekitar.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Fungsi Sebenar Senaman Kegel

Next post

Menu Makanan Untuk Anak Jadi Lebih Cergas Dan Bijak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *