Ada Apa?Buletin

Wajah-Wajah Bertopeng Menggegarkan Esplanade, KLCC

Malaysian International Mask Festival - woman online magazine

Adakah Anda Sanggup Memakai Topeng Muka? Jika “ya”, jangan lepaskan peluang ini!

Jika budaya bertopeng menjadi identiti perayaan atau festival di Venice, Itali, kini festival seumpama itu akan menggegarkan KLCC! Fakta ini tentunya menjentik hati semua peminat topeng muka.Namun, tahukah anda budaya dalam topeng muka bukan sahaja wujud dalam filem fiksyen mahupun fantasi tetapi telah berakar umbi di Malaysia dan Asia khususnya sejak lebih sedekad yang lalu.Topeng sebenarnya merupakan salah satu bentuk ekspresi paling tua dalam peradaban manusia. Ia masih kekal menjadi amalan budaya masyarakat dunia dan sebahagian negara telah menjadikannya sebagai festival tahunan.Antara contoh penganjuran Festival Topeng di dunia; The Masks of the Carnival of Venice (Itali), Mask at the Melanesian Festival (Australia), Massakara Festival Bacolod City ( Filipina), Japanese Mask Festival in Kamakura (Jepun) dan Andong Maskdance Festival (Korea Selatan)

Malaysia International Mask Festival 2015 (MIMF) menghimpunkan kesenian topeng-topeng dengan memfokuskan kepada seni budaya topeng dalam pelbagai etnik yang ditonjolkan melalui persembahan kesenian, pameran dan demonstrasi. MIMF 2015 bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada rakyat malaysia untuk menghayati keunikan seni budaya bertopeng serta falsafah yang terdapat di dalam pemakaiannya di samping memberi peluang dan pendedahan kepada masyarakat Malaysia serta pelancong untuk lebih mengenali dan menghayati seni dan budaya bertopeng.

Usaha ini dilihat dapat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya peringkat antarabangsa menerusi penyerlahan budaya topeng di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. MIMF2015 bertemakan ‘Masks – The Faces Of Time’ menceritakan bagaimana kesenian bertopeng ini wujud di dalam pelbagai lapisan masyarakat di dunia dan sekaligus memberikan suasana festival di mana para pengunjung boleh sama-sama menggayakan pelbagai bentuk topeng yang dapat menggambarkan ekspresi jiwa mereka.

MIMF2015 dilaksanakan di Esplanade, Taman KLCC terbuka kepada orang ramai dan pelancong bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam pada 13, 14, 15 dan hari terakhir pada 16 Ogos 2015 (4 hari). Esplanade KLCC dipilih sebagai lokasi bersejarah berlangsungnya festival ini kerana KLCC merupakan mercu tanda Malaysia dan ia merupakan pusat membeli belah paling ikonik di dunia yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa terkemuka dan unik.

Di samping itu juga, KLCC merupakan salah satu destinasi pelancongan yang amat popular kepada pelancong yang mudah dikunjungi. Selain itu juga, ia merupakan lokasi yang ideal kepada acara yang berskala besar serta penganjuran persembahan yang berprestij dan bertaraf antarabangsa sesuai sebagai tarafnya sebagai hub seni budaya antarabangsa.

Antara negara antarabangsa yang terlibat dalam festival ini ialah Itali, China, Thailand, Filipina, Korea, Sri Lanka, Indonesia dan Malaysia sendiri.Pengisian MIMF2015 adalah Persembahan Utama (Persembahan Negara), Persembahan Sisipan (Showcase) di Central Market, NU Sentral dan Sungei Wang Plaza. Pameran, Demonstrasi, Jualan, Pertandingan Topeng. Manakala acara yang paling ditunggu pastinya perarakan topeng merangkumi Perarakan ‘Mask Parade’ di jalan-jalan tumpuan pelancong :-

  • Jalan Ampang (Matic) – tempat bermula
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan P.Ramlee
  • Suria KLCC

Interaktif

Antara aktiviti interaktif yang dilaksanakan di sini termasuklah pertandingan ‘masquerade cat walk’, melukis dan menghias topeng sendiri, ‘helmet painting’ dan ‘face painting’.Festival ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada pengunjung selain pelancong yang selama ini hanya dapat menyaksikan festival seumpama tersebut begitu jauh di luar negara dan kini terdapat di Kuala Lumpur!

<< Ketahui lebih lanjut tentang festival topeng di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Mencegah Rambut Beruban

Next post

Cara Paling Senang Merawat Kulit Wajah Agar Kelihatan Lebih Cerah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *