Ada Apa?Buletin

Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015 Bermula Ogos Ini

festival topeng -  woman online magazine

Sebanyak 379 peserta dari lapan buah negara bakal menyertai Festival Topeng Antarabangsa Malaysia (MIMAF) 2015 yang akan berlangsung di Esplanade, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dari 13 hingga 16 Ogos ini.

Ia merupakan satu program yang julung kali diadakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan(KPK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sebagai program sauh (signature event)yang mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan dan juga luar negara dari seluruh dunia.Antara negera yang terlibat adalah Indonesia, China, Korea Selatan, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Itali dan Malaysia.

Festival ini katakan mampu memberikan kefahaman tentang sosio budaya masyarakat tempatan dan luar negara berkaitan pemakaian topeng dengan memperlihatkan keunikan budaya topeng berdasarkan motif dan penciptaan setiap reka bentuknya. Di samping itu ia juga memberikan pendedahan tentang perwatakan, sifat universal serta kepelbagaian bentuk dan corak pada setiap ukiran topeng berdasarkan fungsi dan peranannya.

Malaysia disertai oleh 287 peserta termasuk kumpulan Opera Cina Pulau Pinang, Awang Batil Perlis, Orang Asli Pulau Carey dan kumpulan Mek Mulung dari Kedah.Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015 ini diadakan bertujuan mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya peringkat antarabangsa menerusi penyerlahan budaya topeng dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Pelbagai acara menarik diatur, antaranya pameran topeng, demonstrasi tatarias,pertandingan melukis dan mewarna topeng.

Persembahan utama melibatkan semua negara, manakala persembahan sisipan di adakan di pelbagai lokasi tarikan pelancong iaitu Pasar Seni (Central Market), Sungei Wang Plaza dan Nu Sentral. Perarakan bertopeng bakal berlangsung di jalan-jalan tumpuan pelancong seperti Jalan Ampang (berhadapan MATiC),Jalan Sultan Sultan Ismail, Jalan P.Ramlee sehingga ke Suria KLCC sepanjang satu kilometer.

<< Ketahui 10 tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Matahari Musuh Setiap Helaian Rambut?

Next post

Mesti Baca! Makanan Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Cerah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *