Ada Apa?Buletin

Biarpun Nak Cepat Tetapi Domino’s Tetap Utamakan Keselamatan

Dominos Pizza Malaysia - women online magazine

Jaminan penghantaran dalam masa 30 minit yang dijanjikan oleh Domino’s Pizza membuktikan keupayaan pakar penghantaran piza yang terkenal di dunia itu untuk menghantar piza segar dengan segera tanpa menjejaskan keselamatan penghantar yang menunggang motosikal di jalan raya.

Domino’s Pizza berpegang teguh kepada komitmen ini untuk memastikan pasukan penghantar pizanya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan menghormati pengguna jalan raya yang lain apabila menjalankan tugas penghantaran. Sebagai syarikat korporat yang bertanggungjawab, Domino’s Pizza baru-baru ini meluaskan komitmen keselamatannya kepada program unik yang dinamakan Program Domino’s Sokong Sekolah (DSSP). Domino’s Pizza menggunakan peluang ini untuk menabur bakti kepada masyarakat dengan menganjurkan karnival keselamatan yang menggalakkan orang ramai, khususnya pelajar, supaya mengutamakan keselamatan sepanjang masa.

Dominos Pizza Malaysia - women online magazine (1)

Lebih 1000 pelajar berusia 13 hingga 16 tahun menyertai Karnival Keselamatan di Metro Driving Academy di Puchong, yang dianjurkan oleh Domino’s di bawah program DSSP. Karnival ini menekankan pelbagai isu seperti keselamatan di jalan raya, cara menjauhi gejala sosial serta mengajar pelajar bagaimana untuk menangani pembuli siber dan mengendalikan situasi kecemasan.Selain menyaksikan tunjuk cara pertolongan cemas, CPR dan menyelamatkan diri dalam kebakaran, para pelajar itu juga mendengar ceramah tentang langkah mencegah jenayah dan mempertahankan diri di jalan raya dan di luar jalan raya. Mereka juga menyertai permainan keselamatan interaktif, aktiviti memanjat batu, dan mengikuti kursus memandu dan menunggang basikal.

“Kami berharap untuk menerapkan cara fikir yang sentiasa mengutamakan keselamatan di kalangan semua peserta yang menyertai program kami,” jelas Shamsul Amree, Pengurus Besar, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura.

“Selain keselamatan jalan raya, keselamatan dalam talian dan usaha mencegah jenayah semakin menjadi isu bukan sahaja di kalangan pelajar zaman sekarang tetapi juga semua rakyat Malaysia. Metro Driving Academy, PDRM, JKJR, Bomba dan St John’s Ambulance adalah antara agensi yang bekerja keras untuk menonjolkan keperluan menekankan pendidikan keselamatan dan cukup bersedia untuk mengambil bahagian dalam tunjuk cara dan ceramah keselamatan baru-baru ini.”

“Domino’s Pizza memang sentiasa menjadikan keselamatan kakitangan kami dan pelanggan kami sebagai utamaan kami. Kami telah berusaha dengan pelbagai cara seperti menganjurkan rodeo keselamatan, menekankan perlindungan data peribadi dan perutusan awam untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan di jalan raya, keselamatan peribadi dan dalam talian untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi operasi perniagaan kami. Sokongan memberangsangkan yang kami terima di sini pada pagi ini sedikit sebanyak akan membantu kami menyampaikan mesej keselamatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia menerusi media, dari mulut ke mulut dan komuniti dalam talian,” kata Shamsul.

Mejar Jeneral (B) Dato’ Paduka Dr Mohamad Termidzi Junaidi, Pengrah Eksekutif Metro Driving Academy, berkata, “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Domino’s untuk menyebarkan kesedaran terhadap keselamatan di jalan raya. Sebagai sebahagian daripada karnival keselamatan, jurulatih daripada Metro Driving Academy mengadakan tunjuk cara untuk kumpulan pelajar bagi memperlihatkan pelbagai prosedur keselamatan yang betul. Dalam usaha mendidik generasi muda pengguna jalan raya, latihan dan pengalaman seperti ini terbukti lebih berkesan daripada penjelasan secara lisan atau pembacaan tentang prosedur keselamatan.”

Karnival Keselamatan Domino’s adalah satu daripada banyak aktiviti yang dianjurkan di bawah inisiatif Program Domino’s Sokong Sekolah. DSSP telah diilhamkan sebagai landasan yang komprehensif untuk menyokong sistem pendidikan Malaysia menerusi kerjasama dengan sekolah rendah dan menengah. Aktiviti yang dijalankan di bawah DSSP dirancang khusus untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran pelajar, memberi motivasi kepada mereka untuk cemerlang dalam pengajian dan aktiviti kokurikulum, mendedahkan pelajar kepada peluang kerjaya, membantu pelajar yang memerlukan, dan juga meningkatkan kesedaran keselamatan menerusi Karnival Keselamatan seperti ini. Sejak dimulakan pada tahun 2002, program ini telah menyumbang lebih RM3.6 juta yang memberi manfaat secara langsung kepada lebih 150 sekolah peserta di seluruh Malaysia.

<< Ketahui kehebatan Subaru Forester 2.0XT yang serba baru dan mantap di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Chris Hemsworth Terpilih Sebagai Lelaki Paling Seksi 2014

Next post

Anda Boleh Kurus Dengan Jadual Pemakanan Diet Ini!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *