Ada Apa?Buletin

Penstrukturan Semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Adalah Sesuatu Yang Positif

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - woman online magazine

Penstrukturan Semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Merupakan Salah Satu Usaha Bagi Merealisasikan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Raya Bertaraf Dunia Menjelang 2020.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Andan Mansor, ketika membuat pengumuman tersebut dalam sidang akhbar sewaktu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DBKL, 4 Ogos lalu.

1. Selaras dengan wawasan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandar Raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020, peranan dan fungsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terunggul bagi merealisasikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020 perlu dimantapkan lagi supaya terus relevan.

 

2. Dalam masa yang sama usaha-usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen dan efektif kepada semua pihak yang berkepentingan perlu juga mengambil kira keperluan dan kehendak masa hadapan.

 

3. Pengurusan DBKL telah menetapkan halatuju agar mengkaji semula struktur organisasi DBKL bagi mentransformasikan DBKL agar terus kekal dinamik dan maju berdaya saing.

 

4. Kali terakhir penstrukturan semula DBKL adalah pada 1 Julai 2011 telah menghasilkan struktur yang fokus kepada skop dan penetapan sektor mengikut fungsi bagi menghadapi cabaran terutamanya dari aspek perkhidmatan perbandaran dalam memenuhi ekspektasi masyarakat dan saingan di peringkat global.

 

5. Transformasi terkini struktur pada tahun 2015 ini menyaksikan perubahan struktur yang lebih dinamik dan responsif melibatkan penjenamaan semula jawatan Ketua Pengarah dan menaiktaraf jawatan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah kepada 4 orang Pengarah Eksekutif Gred Utama A dan B iaitu:

 

a) Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi),

b) Pengarah Eksekutif (Perancangan),

c) Pengarah Eksekutif (Pengurusan),

d) Pengarah Eksekutif (Pelaksanaan Projek & Penyenggaraan)

 

A) Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio Ekonomi)

Akan diterajui oleh YBhg. Datuk Hajah Normah Binti Malik. Beliau telah dilantik pada tahun 1979 dan pengalaman beliau selama 36 tahun berkhidmat di beberapa Jabatan utama DBKL telah melayakkan           beliau untuk mengetuai sektor ini dalam mempertingkatkan taraf kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk dan Bandar Raya Kuala Lumpur.

 

B) Pengarah Eksekutif (Perancangan)

Akan dketuai oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Najib Bin Haji Mohd dan perkhidmatan beliau selama 33 tahun di DBKL akan membuktikan beliau berupaya untuk memastikan dasar-dasar serta strategi-strategi berkaitan dengan perancangan dengan perancangan bandar, pembangunan infrastruktur dan kemajuan ekonomi bandar dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.

 

C) Pengarah Eksekutif (Pengurusan)

Akan diterajui oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Samad Bin Lope Pihie. Lebih 33 tahun berkhidmat di DBKL dan kenaikan gerd beliau sebagai Pengarah Eksekutif (Pengurusan) akan membantu pelaksanaan dalam mempertingkatkan tadbir urus organisasi DBKL.

 

D) Pengarah Eksekutif (Pelaksanaan Projek & Penyenggaraan)

Akan diketuai oleh YBhg. Datuk Tan Keng Chok yang berpengalaman lebih 35 tahun di dalam beberapa Jabatan teknikal utama dilantik sebagai Pengarah Eksekutif (Pelaksanaan Projek & Penyenggaraan). Hasrat DBKL akhirnya akan melayakkan beliau berupaya untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan bandar melalui projek-projek pembangunan infrastruktur dan penyelenggaraan.

 

PERBADANAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU

6. Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru merupakan satu entiti yang penting dalam memastikan pembangunan yang mapan dan lestari seiring dengan pembangunan pesat Bandar Raya Kuala Lumpur.

 

7. Bagi tujuan tersebut penstrukturan telah dilaksana dengan meletakkan:

I) Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru,

YBhg. Datuk Afandi Zahari

II) Ketua Pengarah Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampung Baru,

YBhg. Datuk Haji Mahadi Bin Che Ngah – berpengalaman lebih 32 tahun berkhidmat di DBKL.

 

8. Penstrukturan semula DBKL ini akan melibatkan penjenamaan semula Jabatan dengan kenaikan gred beberapa Pengarah di Jabatan-jabatan DBKL iaitu:

a) Jabatan Perancangan Fizikal dan Bandar,

b) Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Bangunan,

c) Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti,

d) Jabatan Pembangunan Landskap & Rekreasi,

e) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal,

f) Jabatan Perancangan Infrastruktur,

g) Jabatan Perancangan Korporat,

h) Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan dan

i) Jabatan Audit Dalam

j) Jabatan Perkhidmatan Kawasan (Jabatan baru)

 

9. Selain itu, Penstrukturan Semula DBKL ini juga akan turut melihat semula keperluan sumber guna tenaga manusia bagi Kumpulan Pelaksana iaitu Kumpulan Sokongan I dan II dalam Penstrukturan Semula DBKL Fasa 2 yang sedang berlangsung dan dijangka akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk tujuan kelulusan pada akhir September 2015.

 

10. Justeru, Penstrukturan Semula DBKL Fasa 1 dan 2 ini nanti diharap kelak mampu memberi transformasi dalam mengoptimumkan sumber tenaga manusia di DBKL bagi kepentingan dan keperluan semasa dan akan datang disamping memantapkan lagi perkhidmatan perbandaran supaya lebih responsif, efisyen dan efektif kepada semua pihak yang berkepentingan di Bandar Raya Kuala Lumpur selaras dengan wawasan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandar Raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Perubahan-Perubahan Yang Dialami Wanita Ketika Subur

Next post

Jangan Sampai Anda Salah Memakai Eyeliner!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *