Ada Apa?Buletin

Bausch + Lomb Perkenalkan Kanta Lekap Biotrue® ONEday HyperGel ™

Biotrue® Oneday - woman online magazine

Baru-baru ini syarikat kesihatan mata global, Bausch + Lomb memperkenalkan inovasi bio terbaru, Biotrue® ONEday, kanta lekap pakai buang harian premium.

Diinspirasikan oleh mata manusia sendiri, kanta Biotrue® ONEday diperbuat daripada HyperGel ™, satu inovasi yang menggabungkan hidrogel konvensional dengan hidgrogel silikon yang bakal menjadi bahan pakai buang harian generasi akan datang.

Di samping itu, kanta Biotrue® ONEday oleh Bausch + Lomb mengandungi 78% kelembapan; bersesuaian dengan kornea manusia. Permukaan luar kanta ini direka menyamai lapisan lipid air mata, yang menghalang dihidrasi kanta sambil menghantar jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata terbuka. Ini membolehkan mata bernafas untuk menjadikan ia selesa, sihat dan berwarna putih selama lebih 16 jam, mengatasi jenama kanta lekap paling laris di negara ini.

Menyedari ramai pengguna kanta lekap mengalami kekeringan mata yang tidak selesa dan pandangan kabur selepas penggunaannya dalam tempoh yang lama terutama apabila menggunakan komputer, kanta lekap Biotrue® ONEday dihasilkan untuk bersesuaian dengan gaya hidup aktif penggunanya dengan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan dan bentuk optik selepas pemakaian dalam tempoh yang lama.

Optik definisi tingginya yang unik mengurangkan lingkaran cahaya dan silau selain memberikan pandangan jelas dari setiap jarak – dekat, tengah dan jauh bagi mengelak pemakainya menghadapi pandangan kabur. Sebagai kegunaan harian, pengguna tidak lagi perlu membersih dan merendamnya setiap hari, sesuai untuk mereka yang sibuk.

Sebagai tambahan, Biotrue® ONEday ditambah dengan perlindungan UV untuk melindungi mata daripada sinaran ultralembayung (UV) yang boleh menyebabkan kerosakan mata untuk jangka panjang. “Bausch + Lomb komited untuk meneruskan inovasi dalam kanta lekap dan penyelesaiannya, dan hari ini pengenalan kanta lekap Biotrue® ONEday menjadi satu lagi langkah penting untuk membantu orang ramai melihat dengan jelas,” kata Jake Kim, Pengarah Urusan Bausch + Lomb, Singapure & Malaysia.

Kanta lekap Biotrue® ONEday, berharga RM 125 sekotak yang mengandungi 30 keping dan boleh didapati mulai 10 Ogos 2015 di semua kedai optikal di seluruh negara. Biotrue® Multi-Purpose Solution boleh didapati dalam pek berkembar (355mlx2) berharga RM61.50.

<< Ketahui tips penjagaan contac lens yang betul di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Penyebab Penyakit Kelamin Kerap Menyerang Wanita

Next post

Semak, Cara Paling Senang Dapatkan Kulit Putih Bersih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *