Ada Apa?Event

Bengkel “WOMEN EMBRACING BUSINESS 1.0” Penutup Tirai 2015

 

woman embracing online

Usahawan Wanita. Baru-baru ini Women Online Magazine(WOM.my) telah menjalinkan kerjasama dengan Itqan Professional Training Centre sebagai media rasmi untuk program Hi –Tea ‘ Women Embracing Business 1.0’ – “Behind Every Successful Woman Is Herself”

Ia merupakan acara penutup Itqan untuk tahun 2015 ini. Selain WOM.my, ditaja juga turut terlibat sebagai penaja utama dalam program usahawan wanita ini Bertemakan purple dan glitters, bengkel ini diadakan di Maidah Cuisine Putra Heights.

Dengan mensasarkan kumpulan usahawan wanita yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya ini, nyata mendapat sambutan yang hebat. Program ini dimulakan dengan peragaan fesyen Muslimah dari Raihanah Collection dan tayangan video dari Itqan Professional Training Centre, Maidah Cuisine, Ansarcomp dan WOM.my.

 

WOMEN-EMBRACING-BUSINESS-collage-1-_-wom-my

Majlis diteruskan dengan penerangan dari Puan Liza Ali Content Consultant bertajuk “ Make me Online”. Tajuk ini semakin popular pada masa kini yang mana menyentuh kepentingan para usahawan wanita agar mempromosikan produk secara online dengan cara yang tepat.

Pastinya slot yang ditunggu-tunggu ialah persembahan nyanyian dari Azza Elite. Mendendangkan tiga buah lagu popular iaitu ‘Berdua Lebih Baik’, ‘Pudar’ dan ‘Asyik’, semua terpegun dengan kelunakan suara penyanyi ini.

Ramai yang tidak menyangka beliau juga merupakan seorang usahawan yang mempunyai produk kecantikan iaitu Bedak Sejuk Azza’s . Dengan menggunakan prinsip jangan malu, beliau berkongsi serba sedikit tips untuk memulakan perniagaan. Di samping itu, Azza juga turut meluangkan masa untuk bergambar bersama para peminatnya.

 

WOMEN-EMBRACING-BUSINESS-collage-_-wom-my

 

Selain itu, Puan Ramlah Hamad, Pengarah Urusan AnsarComp (M) Sdn Bhd yang memiliki anak-anak syarikat lain iaitu Itqan Professional Training Centre, Maidah Cuisine dan Pasar mini D’Ansar juga tidak ketinggalan berkongsi ilmu dan tips dalam perniagaan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian persembahan fesyen Muslimah terbaik, peserta paling sproting serta hadiah cabutan bertuah. Majlis Hi tea yang santai ini berakhir lewat petang nyata amat bermakna bagi semua peserta kerana mereka amat berpuas hati dengan ilmu yang diterima.

Sebelum majlis tersebut berakhir, pihak Itqan turut merakamkan jutaan kepada semua penaja iaitu WOM.my, Raihanah Collections, Sophies Bakeshoppe, Sincerely by Us, Sembang-Sembang, Radziah Catering, Malaika Hijab dan juga Maidah Cuisine sebagai penaja tempat.

Di samping itu, menurut Puan Iffa, penyelaras program ‘Women Embracing Business 2.0’ bakal menyusul tidak lama lagi. Dengan menampilkan tema kecantikan dan keyakinan diri, beliau yakin ia mampu memberi peluang dan ruang kepada para usahawan wanita baru untuk membantu diri mereka dalam bidang perniagaan yang diceburi.

<< Ketahui tips untuk berjaya dalam perniagaan online  di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Inspirasi Kata-Kata Tahun Baru 2016

Next post

6 Tips Meraih Azam Tahun Baru

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *