Ada Apa?X-Tra

6 Manfaat Bangun Pagi-Pagi!

 

Manfaat Bangun Pagi - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: i.huffpost

Manfaat Bangun Pagi.Mungkin ramai di kalangan kita yang susah untuk bangun pagi. Sememangnya jika ia sudah menjadi kebiasaan, agak sukar untuk kita berubah.

Apatah lagi, nak berubah ke arah yang lebih baik itu memerlukan banyak pengobanan dan keikhlasan.Untuk pengetahuan, waktu pagi merupakan waktu paling efektif setelah kita berehat dan tidur sepanjang malam. Ianya adalah waktu yang terbaik untuk minda dan tenaga kita berfungsi.Kita dituntut untuk bangun pagi kerana ketika itulah rezeki kita bermula.

Pandangan Islam Tentang Bangun Pagi

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”

(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Allah menjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki untuk kita. Namun, Allah telah menyuruh kita berusaha untuk mendapatkan rezeki itu. Bermulanya terbit fajar sehingga terbenam matahari, rezeki yang kita dapatkan itu hendaklah datang dari usaha kita sendiri serta dari sumber yang halal.

 

6 Manfaat Bangun Pagi

 

1. Meningkatkan Sel Darah Putih

Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya ketahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus.

 

2. Melancarkan Peredaran Darah

Bangun pagi sangat bagus untuk melancarkan peredaran darah. Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

 

3. Mengurangkan Tekanan Dalam Diri

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami tekanan, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya.

 

 

Baca Juga: Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

 

 

4. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

 

5. Kulit Lebih Lembut & Halus

Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran hitam pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

 

 

Baca Juga: Masalah Kulit Muka

 

 

6. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Jika ia diamalkan selalu, penyakit akan pulih.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Ketahui lima mitos punca gemuk di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Siti Zubaidah, Presiden PKNSFC Dedah Rahsia Kejayaan

Next post

Dekorasi Sempurna Haruslah Selesa Dan Relaks

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *